" Soul Of Me "

Sol

Hai Welcome Here


"I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck"

We can chatting here





Kerinduan Melanda }
Wednesday 27 July 2016 | 23:37 | 0Comment

Bismillah. Assalammualaikum. Selamat malam guys. Apa khabar semua ? Sihat belaka hendaknya, ya :') Dah lama naa Ainaa menyepi tak update apa-apa kan ? Hari ni terbit perasaan nak update entry baru. Hihi.

Mood raya lagi ke tu ? Eheh. Yang dekat U, memang dah habis kot mood rayanya. Yelah, habis jee raya ketiga/keempat, dah balik ke U semula. Takde masa nak fikirkan raya kan ? Samalah Ainaa ni. Masuk belajar tu belumlah lagi :') Tapi yelah. Dah duduk jauh ni, takdelah nak beraya ke apa ke. Sini pun baru kenal berapa orang je. Haha.


Dimalam hari yang sepi ni, terbit rasa kerinduan yang teramat dalam diri. Allahu. Setiap pertemuan pastinya akan terjadi perpisahan. Jauh di mata, dekat di hati. Itulah istilah terbaik yang mampu Ainaa beri.

Kerinduan yang terasa hanya Allah yang memahami & mengerti. Ego sangat rasanya kalau Ainaa kata Ainaa tak rindu wajah-wajah ini. Wajah Kesayangan Hamba bak tajuk lagu Hail Amir. Setiap kerenah, setiap perwatakan, setiap sikap mereka dah sebati dalam diri Ainaa. Susah, senang, tangis, tawa. Allahu. Semuanya Ainaa ingat dan sentiasa ingat.



Legasi 1998 SMK Seremban Jaya batch 98. Ukhuwah, persahabatn yang terjalin teramatlah erat. Sejak 2011, kami bersama-sama, belajar bersama, kongsi makanan, kongsi bekalan. Gelak tawa, lawak hambar, lawak bodoh, loyar buruk, gila-gila semua tercipta sejak 2011.

Namun, tanpa disedari 2015 merupakan tahun terakhir kami berada di situ. Tahun terakhir kami kongsi makanan, kongsi meja, kongsi pen, kongsi gelak tawa, kongsi idea, kongsi ilmu, kongsi memori, kongsi duit. Ya Allah, betapa pantasnya masa berlalu.

Sejujurnya dulu ingatkan dah tak pindah mana-mana and stay dekat Senawang till bila-bila. Siapa sangka perancangan Allah yang telah dicaturkan sejak kita di dalam rahim si ibu lagi. Mahu tak mahu, suka tak suka, itulah hakikatnya. 20 Mac 2016 tanggal dan detik Ainaa meninggalkan bumi Senawang yang telah Ainaa duduki sejak berusia 3 tahun lagi.

Sebak, pilu, sayu menyusup masuk ke hati. Akal dan minda hanya dikuasai suara-suara kesayuan. Tangisan membasahi pipi. Yaa. Itulah saatnya Ainaa akan berpisah dengan mereka. Pindah ke Rawang. Tempat baharu, dunia baharu, cara hidup baharu. Everything's new for me.

Yaa, jika masih tinggal di Senawang sekali pun, mungkin bila semua cuti dan balik ke rumah, kami dapat berkumpul sama-sama biarpun sekejap. Namun apakan daya. Bila di Rawang, kalau diorang balik ke rumah sekalipun, Ainaa tak dapat nak berjumpa mahupun bersua dengan mereka seperti biasa.



Near to 5 months kita tak jumpa kan geng ? Rindu lah weyyy. Pembohong nauzubillah kalau aku kata aku tak rindu. Haih.

Masing-masing dah sambung study dah. Asrul ke Polisas, Syed ke Poli PD, Yad dekat KK Selandar, Areb dekat IKM Jasin, Ayoi dekat Mimet (Perak), Aiman dekat UiTM Raub (Kalau tak silap. Maaf kalau salah.), Alyn dekat UiTM Lendu, Rara dekat KPTM (Johor), Nisa form 6 dekat Forest Heights, Anas Miat (Dengkil), Kimie tunggu panggilan askar, Pipah belum dapat memana, Fal pun dekat UiTM Raub tak silaplah, Wawa pun further studies dekat kolej swasta, Adli coming soon (Pusrawi)

Dah merata-rata tempat dah semua :') Nak berkumpul balik memang susah sebab cuti kadang-kadang tak sama. And Ainaa pun jarang balik Seremban sebab rumah dah disewakan dekat orang. Sedihhhhhnyaaaaaaaaaaaa.

Perangai, sikap memasing tu buat Ainaa rindu. Dekat sini takde macam diorang. Memang takde. Kalau ada pun, takkan sama. Hm. Semalam, tiba-tiba rasa sebak nak nangis, nak sayu-sayu hati. Pastu, buka gallery. Tekan album "My Life". Terbit satu persatu foto kenangan kami. Hampir 3++ gambar kami sejak 2011 hingga kini.

Ini antaranya :











Bab foto mengarut, foto win, kemain menang memasing. HAHA. Kenangan. Jauh dimata, dekat dihati. Biarpun korang jauh dimata aku, tapi dihati, di minda aku tak pernah sekalipun lupakan korang, apatah lagi kenangan kita bersama.

Rindu ? Allahuakbar. Pendustanya aku andai aku bicara soal "tidak rindu" dalam friendship kita. Pembohongnya aku jika aku menafikan kata rindu itu. & 5-7 yrs kita bersahabat. Biarpun ada yang baru 1-2 tahun yg kenal and kawan dengan aku, tetap aku rindukan kalian.

RAYA .
Selalunya, bila raya muka-muka ni semua memang akan memeriahkan rumah Ainaa. Berayalah katakan. Makanan memang mak akan sediakan lebih sebab diorang ni semua kuat makan. Mak Ainaa tu macam mak diorang. Nak makan, siap request sebelum datang. Haha. Bila datang, siap ada yang dapat bekalan lagi tu.

Bila ada makanan lebih, mak siap bekalkan diorang untuk bawa balik. Ada yang datang, makan sampai 3-4 pinggan dengan muka selamba. Yelah, mak dengan ayah Ainaa jenis tak kisah. Nak makan, makanlah. Biar makan sampai puas. Kenyang berganda.

Tahun ni terasa lain. Ainaa dah stay Rawang. Its too far untuk diorang datang beraya. Ainaa pun tak sempat nak beraya rumah diorang macam tahun lepas-lepas. Sebab rushing dari Kedah balik Melaka pulak. Memang tak ada kesempatan langsung nak pergi. Diorang ada invite. Tapi yelah tak berkesempatan nak hadirkan diri Ahad tu sebab takut jame. Nak balik ke Rawang pulak tu.

Tengok gambar diorang upload dekat Wechat. Sayu naw hati. "Aku tak ada dekat situ. Ramai tak ada." Jelas yang semua tak dapat bersama macam dulu lagi. Haha :')

Biarpun jauh, tapi di hati tak pernah padam semua kenangan kita bersama. Ainaa rindu sangat. Sangat-sangat. Tak terkata dek ucapan. Biar Allah yang tahu bagaimana hati merasainya.

Next entry, Ainaa akan story pasal personaliti one by one. Okay ? Good night. Tak dapat nak teruskan sebab sebak di dada. Assalammualaikum.


"Sabarnya Ainaa kan ?" - Hamba Allah }
Wednesday 29 June 2016 | 01:27 | 0Comment

Bismillah. Assalammualaikum semua. Apa khabar ? Sihat sekalian ? Alhamdulillah untuk kesihatan yang Allah kurniakan pada hambaNya untuk hari ini dan akan datang dan hari yang lepas. Hari demi hari, perjalanan kehidupan semakin berliku. Ujian demi ujian Allah beri pada hambaNya untuk dilihat sama ada kuat, tabah dan sabar atau tidak hambaNya melalui ujian-ujian tersebut.

Pelajar lepasan SPM yang sama macam Ainaa mesti ada yang dah pun melangkah masuk ke Universiti, Poli and so on kan ? Ada juga yang belum masuk mana-mana, ada yang langsung tak ditawarkan dengan apa-apa tawaran. Deep kan ? Bila kita tengok kawan-kawan kita melangkah masuk ke U sana, U sini, masuk Poli. Seronok tengok diorang.

Terdetik di hati, "Bila pula giliran aku untuk menjejakkan kaki melangkah ke U/Poli macam diorang ya?" Bersedih hati seorang diri bila memikirkan nasib diri. "Aku nak juga macam diorang. Masuk U, belajar. Sambung studies. Dekat poli." Perasaan sedih tu hadir bila seorang demi seorang melangkah pergi. Bila seorang je pergi, tak terasa sangat. Tapi, bila seorang pergi, yang lain pun ikut jejak langkah tersebut.

Yaa. Ainaa merasainya :') Mula-mula sorang je. Lepas tu, berderet-deret masuk belajar. Yang pergi tu semua yang rapat dengan Ainaa. Terasa kehilangan. Biarpun Ainaa dah stay Rawang and tak nampak di mata waktu diorang melangkah pergi, tapi perpisahan itu tetap terasa. Dan lagi-lagi, kita tak masuk mana-mana. Segan, malu, kecewa dengan diri sendiri.

Dan teknologi sekarang buat kita yang tak mendapat tempat di mana-mana U ini lagi bersedih hati. Kenapa ? First, IG [Instagram]. Mereka yang dah daftar masuk tu pastinya update gambar tempat belajar diorang. Itu sudah pasti. And then, post gambar dengan sahabat baru mereka di tempat baru. Terasa lagi kerdil bila baca. Sebab Ainaa alami perkara sedemikian :)

Sec, Whatsapp. Guys, for sure korang banyak group whatsapp yang menghubungkan korang dengan sahabat-sahabat right ? Me too :) Bila seorang dapat masuk mana-mana, diorang post dalam group. Then yang lain pun berderet-deret share perkara yang sama. Bayangkanlah perasaan mereka yang tak masuk mana-mana and tak dapat mana-mana ni. DEEP ? Memang DEEP. Dalam hal ni, tak dapat nak simpan rasa COOL dalam diri bak kata SR.

Kalau setakat share dapat mana tu, mungkin dapat backup lagilah perasaan dalam diri. Tapi bila sampai tahap share suasana semua tu, Allahu akbar. Allah je tahu macam mana sakitnya jiwa ni sebab kita masih di sini. Sepi tanpa mana-mana tawaran.

Third, Wechat. Ini pilihan. Basically tak ramai prefer guna apps ni. Maybe. But still top apps di Malaysia. I think so. Yang dapat U tu update gambar every sec [kalau boleh semua nak kongsikan] right ? Normal. Lumrah manusia dalam teknologi masa kini yang terlampau nak share semua perkara every sec, every min dalam laman sosial dan apps seperti ini. Dan Ainaa rasa Ainaa pun tak terkecuali [ada certain things sahajalah. Sometimes tu jarang buka.] Lagilah deep. Tuhan je tahu.

Okay, tercetusnya idea nak update this entry disebabkan oleh seorang hamba Allah merangkap sahabat lama di sek men PM Ainaa di Wechat. Dia tanya khabar dan semua. Termasuk urusan pelajaran, soal tawaran Universiti dan sebagainya. Dan soalan dia ajukan pada Ainaa, "Sabarnya Ainaa kan?"




Sabar itu apa sahabat ? Sifat sabar itu sebahagian daripada Iman. Indah bukan kehidupan ini jika kita terapkan sifat sod ba raw ni dalam diri ? Sangat indah.

Berbalik kepada soalan sahabat Ainaa tadi. Yaa, Ainaa bersedih hati, sangat kecewa, sangat sedih, sangat sangat terluka dengan diri sendiri bila tengok sahabat-sahabat melangkah masuk ke IPT. Ada ketikanya sehinggakan Ainaa menangis tengah malam memikirkan diri sendiri yang tak kemana-mana. Sama ada IPT mahupun mana-mana U sedangkan yang lain dah pun mendaftar masuk. Allahuakbar, hati. Tabahlah. Hati mula merintih.

Chat dengan kawan sana, dapat Uitm. Chat dengan kawan sini, dapat Poli. "Allahu, aku ni ?" Saja dikongsikan khabar ini dengan mak. Mak pula tanya, "Adik bersedih hati ke ?" Seorang ibu, mampu menduga perasaan anaknya bukan ? Disimpan rapi kesedihan itu. Tak mahu ditunjukkan pada mak. Yelah, taknaklah mak sedih sama. Barangkali mak sudah lama mengetahuinya namun sengaja disimpan rapi. Kesedihan itu sememangnya ada biarpun sekecil kuman.

Dalam masa yang sama, terasa gembira sangat. Kerana apa ? Kerana mereka yang Ainaa sayang, yang Ainaa kenali, yang sangat rapat dengan Ainaa mendapat tempat di IPT dan U swasta. Masyaallah. Memang bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka.

Pabila bersendirian, hati mula bermain kata. "Sayang, bila lagi kamu mengecapi kebahagiaan yang sama seperti mereka ? Sampai bila kamu mahu bersedih hati ?" Hari demi hari, persoalan yang sama berulang. "Kebahagiaanmu bila lagi, Ainaa ?" Terus menerus soalan yang sama bersarang di hati.

Bulan Ramadhan pun menjelma. Benarlah sabda Rasulullah saw. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan yang penuh nikmat, keberkatan dan bulan ini bulan untuk perbaiki diri buat semua muslimin dan muslimat diluar sana. Ainaa terus dan terus memanfaatkan kehadirannya yang hanya setahun sekali buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Baca Al-Quran, solat terawikh, solat sunat, baca tentang agama Islam untuk memperkuat hati. Ainaa perkata pada hati, "Tidak mengapa. Rezeki Allah itu ada dimana-mana." Allah mengurniakan hambaNya apa yang diperlukannya bukan apa yang dimahukannya. Benar bukan ?

Mungkin Ainaa banyak meminta tetapi Ainaa tidak banyak memberi. Apa maksud Ainaa ? Ainaa terlalu banyak meminta daripada Allah sedangkan Ainaa tak memberi sebanyak mana yang Ainaa minta kepada Allah. Minta itu dan ini namun Ainaa tak memberi apa yang Allah mahukan sebanyak Ainaa meminta :')



Iya, be tough. Keadaan yang rumit itu pastinya beransur pulih dan digantikan dengan kebahagiaan yang tidak terkata. Cuma Allah merahsiakan kebahagiaan itu kerana Allah menunggu kita untuk memberi segala yang dimahuNya.

Kita kena belajar bersabar. Sabar itu indah biarpun terasa kepayahannya yang berganda lagi-lagi saat emosi kita tidak stabil. Terasa Ramadhan kali ini memberi banyak perkara baharu pada diri Ainaa. Mengajar Ainaa erti kesabaran, kekuatan, kemuliaan, ketabahan. Ainaa juga manusia biasa sama seperti kalian. Kadang-kala sabar itu terasa amat sukar pabila sesebuah keadaan itu sangat rumit. Namun jika mencuba, hasilnya sangatlah hebat, sayang.



"INNALLAHA MAASSOBIRIN." Sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang sabar. Pegang kata-kata ini, Insyaallah.

#PesananHatiKeHati ;

Dalam mengejar kejayaan yang berada di hadapan, terkadang kita terlupa siapa kita, kita terlupa dari mana asal usul kita, kita alpa dengan kesenangan yang Allah berikan pada kita. Tanpa disedari, kita mulai riak, sombong, bongkak.

#PesananHatiKeHati ini Ainaa bina buat sahabat-sahabat yang berada di IPT, Poli, U swasta diluar sana. Ya, Ainaa tak masuk mana-mana institusi seperti kalian. Mungkn juga Ainaa tak sehebat kalian, tak sepandai kalian untuk mendapatkan tempat di IPT. Terasa kerdilnya diri ini.

Namun, #PesananHatiKeHati ini ainaa tujukan khas buat kalian. Ainaa tak pandai seperti kalian untuk berbicara soal kejayaan, Ainaa tak sehebat kalian untuk berkata-kata soal pendirian. Tapi, Ainaa berharap sangat. Saat kalian berjaya kelak, saat kalian berada di atas kelak, saat kalian melangkah naik ke atas pentas untuk menerima segulung Dip/Ijazah yang kalian impikan selama ini ;

Janganlah kalian lupa ; Siapa TuhanMu, siapa yang menyokongmu, siapa yang bersusah payah demimu, siapa yang memberikan kejayaan ini kepadamu, siapa yang membanting tulang siang malam untuk memenuhi keperluanmu di sana. Kenang dan ingati jasa mereka.

Dan ; 

Ainaa berharap sangat. Janganlah lupa pada Ainaa di sini. Ainaa mungkin tidak seperti kalian, mungkin tak mampu untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Bahkan barang kali nasihat ini hanya dipandang sepi, namun Ainaa tak pernah lupakan kalian jauh sekali untuk tidak menyelitkan nama kalian dalam doa kudusku. Janganlah sombong, riak mahupun bongkak bila kalian berjaya kelak. Jangan lupakan Ainaa disini.

Yang Ainaa mampu beri hanyalah sokongan dan doa yang tidak putus buat kalian di sana. Pahang, Port Dickson, Perak, Melaka dan sebagainya. Semoga berjaya sahabat.

Assalammualaikum semua. Selamat malam.

P/s ; #PesananHatiKeHati akan bersambung dalam entry selanjutnya. Insyaallah.


Bukan Semua Orang Faham Kita}
Friday 27 May 2016 | 23:56 | 0Comment

Bismillah. Assalammualaikum. Selamat malam guys. Apa khabar ? Sihat semuanya ? Alhamdulillah. Barang kali mata semua ada yang hampir terlelap. Yelah. Letih di siang hari. Ada yang mencari rezeki, ada yang sibuk dengan kuliah, ada yang penat mencari barang untuk masuk ke IPT.

Ainaa tengah buat apa ? Haha. Baru lepas gelak-gelak sampai terbarai tengok Running Man. Yaa, itu jee hiburan dekat sini :') By the way, nak tanya something. Penat tak jaga hati manusia ? Penat tak kesiankan orang ? Penat tak nak jaga perasaan orang lain ? Hmm.

Ainaa penat tak ? Penat :') Penat sangat. Kenapa penat ? Mungkin sebab orang yang kita jaga, tatang perasaan dan hatinya itu tak pandai menghargai dan menghormati hati & perasaan kita ? Dalam masa yang sama, kadang-kadang kita jee sibuk jaga perasaan orang, hati orang tapi orang tak pernah sibuk nak jaga hati kita.

Hmm. Kita beria-ia jaga hati dia. Pastu dia macam nampak kita patung yang bernyawa tapi tak ada hati dan perasaan pulak. Letih. Rasa macam malas sangat nak buka handphone, malas nak tengok whatsapp dah semua. Bila kita whatsapp, payung bluetick. Ya Allah, sakitnya tengok bluetick tu.

Hmm bukan nak katalah. Ainaa tak dapat nak balik Senawang this week. Ainaa dah cakap dah alasannya kenapa. Ayah belum gaji and lagipun ikut mula-mula nak sambung study. So banyak nak pakai duit. Lagipun, next week ayah nak balik kampung pulak. Fahamlah kan kos nak balik semua. Even nampak murah, duit yang sikit tu kadang-kadang diperlukan masa-masa genting.

Tapi bila Ainaa cakap macam tu, pihak yang sebelah tu macam tak faham situasi Ainaa. Macam tak faham dan taknak cuba faham. Why ? Lagi ainaa terkilan bila orang tu kawan baik sendiri :') Orang yang Ainaa sayang, yang Ainaa anggap as part of my life. Kenapa jadi macam ni erk ?

Lagi sedih bila dia ungkit segala pertolongan dia yang dia call mak ayah Ainaa semua. Salah Ainaa ke semua ni ? Ya Allah sakitnya. Awal-awal masa dia cakap tu lagi, Ainaa dah cakap. Ainaa tak paksa dia, Ainaa tak suruh dia call parents Ainaa. Ainaa tak pernah paksa. Apa keputusan mak ayah, itu Ainaa ikut even dia tak call pun. Tapi dia tetap nak call and tanya mak ayah.

But bila Ainaa cakap Ainaa tak dapat balik, yaa dia sedih. Even Ainaa pun sedih. Sebab dah lama sangat kan tak jumpa diorang semua. Memang nak balik. Tapi kenapa bila Ainaa cakap macam tu, dia macam taknak faham dan tak cuba faham situasi Ainaa ? Mungkin sebab dia tak tahu apa yang Ainaa lalui dekat sini dari mula Ainaa pindah till now. 

Betullah orang kata. Kadang-kadang, orang yang kenal kita, yang kenal rapat dengan kita, yang faham kita sebelum ni pun belum tentu dapat letakkan diri mereka dalam situasi dan kedudukan diri kita. Bila dia ungkit tu, Ainaa macam..... Haihhhh terkilan. Sangat terkilan. Dia siap cakap masa Ainaa kata Ainaa maybe tak balik, "Buat penat jee call sana sini." I know that's refer to my mom and dad.

Babe, kalau kau taknak faham aku pun, tolanglah hormat situasi aku. Aku bukan kayu, bukan patung yang kau boleh campak, boleh cakap lepas macam tu jee. Aku ada hati, ada perasaan. Paling aku tak boleh terima dan aku tak pernah terfikir kau akan cakap macam tu adalah bila kau tiba-tiba ungkit soal kau call mak ayah aku. Kau pernah tak tanya situasi aku dekat sini macam mana ? Kau pernah tak cuba faham yang aku ni bukan keluarga yang berduit macam kau ? Kau pernah tak cuba faham situasi aku yang aku ni bukannya anak mak bapak yang berduit and so on. 

Babe, aku ni nampak macam manusia tak berperasaan ke dimata kau ? Tolonglah. Kau dah banyak sangat buat aku sakit weey. Aku diam selama ni sebab kau kawan, kawan baik aku. Yang aku anggap sebahagian daripada hidup aku. Please. Jangan buat aku tawar hati and takpe. Nanti aku balik sana, aku pulang balik topup kau yang terluak sebab call mak bapak aku tu. Sokay bruh. Aku ganti double. Kau nak triple pun takpe. Aku bayarlah. Yelah, kau kan dah penat call sana sini tapi aku haram jadah tak balik pun.

Guys, just wanna to say here. Jagalah hati orang keliling kita even dia kawan or bukan kawan, family or orang luar. Tak kisahlah siapa pun dia. Tapi setiap orang Allah kurniakan hati dan perasaan. Ingat, sebaik-baik manusia adalah manusia yang menjaga kata-katanya agar tidak menyakiti atau mengguris hati manusia lain. 

Kalau ada yang terasa, harap diri ini dimaafkan. By the way, jangan lupa memaafkan semua orang yang buat salah pada kita sebelum tidur. Dan kepada sahabat Ainaa, takpe kawan. Aku maafkan kau even hati aku terusik sedikit. :') Selamat malam guys. Assalammualaikum. Till we meet again. Love you xoxo. Sleep tight. Jaga diri.