|
Hai Welcome Here
![]() "I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck" We can chatting here
|
refresh
profile
twitter
Instagram
follow
Kerinduan Melanda }
Wednesday, 27 July 2016 | 23:37 | 0Comment Bismillah. Assalammualaikum. Selamat malam guys. Apa khabar semua ? Sihat belaka hendaknya, ya :') Dah lama naa Ainaa menyepi tak update apa-apa kan ? Hari ni terbit perasaan nak update entry baru. Hihi. Mood raya lagi ke tu ? Eheh. Yang dekat U, memang dah habis kot mood rayanya. Yelah, habis jee raya ketiga/keempat, dah balik ke U semula. Takde masa nak fikirkan raya kan ? Samalah Ainaa ni. Masuk belajar tu belumlah lagi :') Tapi yelah. Dah duduk jauh ni, takdelah nak beraya ke apa ke. Sini pun baru kenal berapa orang je. Haha. Dimalam hari yang sepi ni, terbit rasa kerinduan yang teramat dalam diri. Allahu. Setiap pertemuan pastinya akan terjadi perpisahan. Jauh di mata, dekat di hati. Itulah istilah terbaik yang mampu Ainaa beri. Kerinduan yang terasa hanya Allah yang memahami & mengerti. Ego sangat rasanya kalau Ainaa kata Ainaa tak rindu wajah-wajah ini. Wajah Kesayangan Hamba bak tajuk lagu Hail Amir. Setiap kerenah, setiap perwatakan, setiap sikap mereka dah sebati dalam diri Ainaa. Susah, senang, tangis, tawa. Allahu. Semuanya Ainaa ingat dan sentiasa ingat. Legasi 1998 SMK Seremban Jaya batch 98. Ukhuwah, persahabatn yang terjalin teramatlah erat. Sejak 2011, kami bersama-sama, belajar bersama, kongsi makanan, kongsi bekalan. Gelak tawa, lawak hambar, lawak bodoh, loyar buruk, gila-gila semua tercipta sejak 2011. Namun, tanpa disedari 2015 merupakan tahun terakhir kami berada di situ. Tahun terakhir kami kongsi makanan, kongsi meja, kongsi pen, kongsi gelak tawa, kongsi idea, kongsi ilmu, kongsi memori, kongsi duit. Ya Allah, betapa pantasnya masa berlalu. Sejujurnya dulu ingatkan dah tak pindah mana-mana and stay dekat Senawang till bila-bila. Siapa sangka perancangan Allah yang telah dicaturkan sejak kita di dalam rahim si ibu lagi. Mahu tak mahu, suka tak suka, itulah hakikatnya. 20 Mac 2016 tanggal dan detik Ainaa meninggalkan bumi Senawang yang telah Ainaa duduki sejak berusia 3 tahun lagi. Sebak, pilu, sayu menyusup masuk ke hati. Akal dan minda hanya dikuasai suara-suara kesayuan. Tangisan membasahi pipi. Yaa. Itulah saatnya Ainaa akan berpisah dengan mereka. Pindah ke Rawang. Tempat baharu, dunia baharu, cara hidup baharu. Everything's new for me. Yaa, jika masih tinggal di Senawang sekali pun, mungkin bila semua cuti dan balik ke rumah, kami dapat berkumpul sama-sama biarpun sekejap. Namun apakan daya. Bila di Rawang, kalau diorang balik ke rumah sekalipun, Ainaa tak dapat nak berjumpa mahupun bersua dengan mereka seperti biasa. Near to 5 months kita tak jumpa kan geng ? Rindu lah weyyy. Pembohong nauzubillah kalau aku kata aku tak rindu. Haih. Masing-masing dah sambung study dah. Asrul ke Polisas, Syed ke Poli PD, Yad dekat KK Selandar, Areb dekat IKM Jasin, Ayoi dekat Mimet (Perak), Aiman dekat UiTM Raub (Kalau tak silap. Maaf kalau salah.), Alyn dekat UiTM Lendu, Rara dekat KPTM (Johor), Nisa form 6 dekat Forest Heights, Anas Miat (Dengkil), Kimie tunggu panggilan askar, Pipah belum dapat memana, Fal pun dekat UiTM Raub tak silaplah, Wawa pun further studies dekat kolej swasta, Adli coming soon (Pusrawi) Dah merata-rata tempat dah semua :') Nak berkumpul balik memang susah sebab cuti kadang-kadang tak sama. And Ainaa pun jarang balik Seremban sebab rumah dah disewakan dekat orang. Sedihhhhhnyaaaaaaaaaaaa. Perangai, sikap memasing tu buat Ainaa rindu. Dekat sini takde macam diorang. Memang takde. Kalau ada pun, takkan sama. Hm. Semalam, tiba-tiba rasa sebak nak nangis, nak sayu-sayu hati. Pastu, buka gallery. Tekan album "My Life". Terbit satu persatu foto kenangan kami. Hampir 3++ gambar kami sejak 2011 hingga kini. Ini antaranya : Bab foto mengarut, foto win, kemain menang memasing. HAHA. Kenangan. Jauh dimata, dekat dihati. Biarpun korang jauh dimata aku, tapi dihati, di minda aku tak pernah sekalipun lupakan korang, apatah lagi kenangan kita bersama. Rindu ? Allahuakbar. Pendustanya aku andai aku bicara soal "tidak rindu" dalam friendship kita. Pembohongnya aku jika aku menafikan kata rindu itu. & 5-7 yrs kita bersahabat. Biarpun ada yang baru 1-2 tahun yg kenal and kawan dengan aku, tetap aku rindukan kalian. RAYA . Selalunya, bila raya muka-muka ni semua memang akan memeriahkan rumah Ainaa. Berayalah katakan. Makanan memang mak akan sediakan lebih sebab diorang ni semua kuat makan. Mak Ainaa tu macam mak diorang. Nak makan, siap request sebelum datang. Haha. Bila datang, siap ada yang dapat bekalan lagi tu. Bila ada makanan lebih, mak siap bekalkan diorang untuk bawa balik. Ada yang datang, makan sampai 3-4 pinggan dengan muka selamba. Yelah, mak dengan ayah Ainaa jenis tak kisah. Nak makan, makanlah. Biar makan sampai puas. Kenyang berganda. Tahun ni terasa lain. Ainaa dah stay Rawang. Its too far untuk diorang datang beraya. Ainaa pun tak sempat nak beraya rumah diorang macam tahun lepas-lepas. Sebab rushing dari Kedah balik Melaka pulak. Memang tak ada kesempatan langsung nak pergi. Diorang ada invite. Tapi yelah tak berkesempatan nak hadirkan diri Ahad tu sebab takut jame. Nak balik ke Rawang pulak tu. Tengok gambar diorang upload dekat Wechat. Sayu naw hati. "Aku tak ada dekat situ. Ramai tak ada." Jelas yang semua tak dapat bersama macam dulu lagi. Haha :') Biarpun jauh, tapi di hati tak pernah padam semua kenangan kita bersama. Ainaa rindu sangat. Sangat-sangat. Tak terkata dek ucapan. Biar Allah yang tahu bagaimana hati merasainya. Next entry, Ainaa akan story pasal personaliti one by one. Okay ? Good night. Tak dapat nak teruskan sebab sebak di dada. Assalammualaikum. |


















