" Soul Of Me "

Sol

Hai Welcome Here


"I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck"

We can chatting here





"Sabarnya Ainaa kan ?" - Hamba Allah }
Wednesday, 29 June 2016 | 01:27 | 0Comment

Bismillah. Assalammualaikum semua. Apa khabar ? Sihat sekalian ? Alhamdulillah untuk kesihatan yang Allah kurniakan pada hambaNya untuk hari ini dan akan datang dan hari yang lepas. Hari demi hari, perjalanan kehidupan semakin berliku. Ujian demi ujian Allah beri pada hambaNya untuk dilihat sama ada kuat, tabah dan sabar atau tidak hambaNya melalui ujian-ujian tersebut.

Pelajar lepasan SPM yang sama macam Ainaa mesti ada yang dah pun melangkah masuk ke Universiti, Poli and so on kan ? Ada juga yang belum masuk mana-mana, ada yang langsung tak ditawarkan dengan apa-apa tawaran. Deep kan ? Bila kita tengok kawan-kawan kita melangkah masuk ke U sana, U sini, masuk Poli. Seronok tengok diorang.

Terdetik di hati, "Bila pula giliran aku untuk menjejakkan kaki melangkah ke U/Poli macam diorang ya?" Bersedih hati seorang diri bila memikirkan nasib diri. "Aku nak juga macam diorang. Masuk U, belajar. Sambung studies. Dekat poli." Perasaan sedih tu hadir bila seorang demi seorang melangkah pergi. Bila seorang je pergi, tak terasa sangat. Tapi, bila seorang pergi, yang lain pun ikut jejak langkah tersebut.

Yaa. Ainaa merasainya :') Mula-mula sorang je. Lepas tu, berderet-deret masuk belajar. Yang pergi tu semua yang rapat dengan Ainaa. Terasa kehilangan. Biarpun Ainaa dah stay Rawang and tak nampak di mata waktu diorang melangkah pergi, tapi perpisahan itu tetap terasa. Dan lagi-lagi, kita tak masuk mana-mana. Segan, malu, kecewa dengan diri sendiri.

Dan teknologi sekarang buat kita yang tak mendapat tempat di mana-mana U ini lagi bersedih hati. Kenapa ? First, IG [Instagram]. Mereka yang dah daftar masuk tu pastinya update gambar tempat belajar diorang. Itu sudah pasti. And then, post gambar dengan sahabat baru mereka di tempat baru. Terasa lagi kerdil bila baca. Sebab Ainaa alami perkara sedemikian :)

Sec, Whatsapp. Guys, for sure korang banyak group whatsapp yang menghubungkan korang dengan sahabat-sahabat right ? Me too :) Bila seorang dapat masuk mana-mana, diorang post dalam group. Then yang lain pun berderet-deret share perkara yang sama. Bayangkanlah perasaan mereka yang tak masuk mana-mana and tak dapat mana-mana ni. DEEP ? Memang DEEP. Dalam hal ni, tak dapat nak simpan rasa COOL dalam diri bak kata SR.

Kalau setakat share dapat mana tu, mungkin dapat backup lagilah perasaan dalam diri. Tapi bila sampai tahap share suasana semua tu, Allahu akbar. Allah je tahu macam mana sakitnya jiwa ni sebab kita masih di sini. Sepi tanpa mana-mana tawaran.

Third, Wechat. Ini pilihan. Basically tak ramai prefer guna apps ni. Maybe. But still top apps di Malaysia. I think so. Yang dapat U tu update gambar every sec [kalau boleh semua nak kongsikan] right ? Normal. Lumrah manusia dalam teknologi masa kini yang terlampau nak share semua perkara every sec, every min dalam laman sosial dan apps seperti ini. Dan Ainaa rasa Ainaa pun tak terkecuali [ada certain things sahajalah. Sometimes tu jarang buka.] Lagilah deep. Tuhan je tahu.

Okay, tercetusnya idea nak update this entry disebabkan oleh seorang hamba Allah merangkap sahabat lama di sek men PM Ainaa di Wechat. Dia tanya khabar dan semua. Termasuk urusan pelajaran, soal tawaran Universiti dan sebagainya. Dan soalan dia ajukan pada Ainaa, "Sabarnya Ainaa kan?"




Sabar itu apa sahabat ? Sifat sabar itu sebahagian daripada Iman. Indah bukan kehidupan ini jika kita terapkan sifat sod ba raw ni dalam diri ? Sangat indah.

Berbalik kepada soalan sahabat Ainaa tadi. Yaa, Ainaa bersedih hati, sangat kecewa, sangat sedih, sangat sangat terluka dengan diri sendiri bila tengok sahabat-sahabat melangkah masuk ke IPT. Ada ketikanya sehinggakan Ainaa menangis tengah malam memikirkan diri sendiri yang tak kemana-mana. Sama ada IPT mahupun mana-mana U sedangkan yang lain dah pun mendaftar masuk. Allahuakbar, hati. Tabahlah. Hati mula merintih.

Chat dengan kawan sana, dapat Uitm. Chat dengan kawan sini, dapat Poli. "Allahu, aku ni ?" Saja dikongsikan khabar ini dengan mak. Mak pula tanya, "Adik bersedih hati ke ?" Seorang ibu, mampu menduga perasaan anaknya bukan ? Disimpan rapi kesedihan itu. Tak mahu ditunjukkan pada mak. Yelah, taknaklah mak sedih sama. Barangkali mak sudah lama mengetahuinya namun sengaja disimpan rapi. Kesedihan itu sememangnya ada biarpun sekecil kuman.

Dalam masa yang sama, terasa gembira sangat. Kerana apa ? Kerana mereka yang Ainaa sayang, yang Ainaa kenali, yang sangat rapat dengan Ainaa mendapat tempat di IPT dan U swasta. Masyaallah. Memang bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka.

Pabila bersendirian, hati mula bermain kata. "Sayang, bila lagi kamu mengecapi kebahagiaan yang sama seperti mereka ? Sampai bila kamu mahu bersedih hati ?" Hari demi hari, persoalan yang sama berulang. "Kebahagiaanmu bila lagi, Ainaa ?" Terus menerus soalan yang sama bersarang di hati.

Bulan Ramadhan pun menjelma. Benarlah sabda Rasulullah saw. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan yang penuh nikmat, keberkatan dan bulan ini bulan untuk perbaiki diri buat semua muslimin dan muslimat diluar sana. Ainaa terus dan terus memanfaatkan kehadirannya yang hanya setahun sekali buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Baca Al-Quran, solat terawikh, solat sunat, baca tentang agama Islam untuk memperkuat hati. Ainaa perkata pada hati, "Tidak mengapa. Rezeki Allah itu ada dimana-mana." Allah mengurniakan hambaNya apa yang diperlukannya bukan apa yang dimahukannya. Benar bukan ?

Mungkin Ainaa banyak meminta tetapi Ainaa tidak banyak memberi. Apa maksud Ainaa ? Ainaa terlalu banyak meminta daripada Allah sedangkan Ainaa tak memberi sebanyak mana yang Ainaa minta kepada Allah. Minta itu dan ini namun Ainaa tak memberi apa yang Allah mahukan sebanyak Ainaa meminta :')



Iya, be tough. Keadaan yang rumit itu pastinya beransur pulih dan digantikan dengan kebahagiaan yang tidak terkata. Cuma Allah merahsiakan kebahagiaan itu kerana Allah menunggu kita untuk memberi segala yang dimahuNya.

Kita kena belajar bersabar. Sabar itu indah biarpun terasa kepayahannya yang berganda lagi-lagi saat emosi kita tidak stabil. Terasa Ramadhan kali ini memberi banyak perkara baharu pada diri Ainaa. Mengajar Ainaa erti kesabaran, kekuatan, kemuliaan, ketabahan. Ainaa juga manusia biasa sama seperti kalian. Kadang-kala sabar itu terasa amat sukar pabila sesebuah keadaan itu sangat rumit. Namun jika mencuba, hasilnya sangatlah hebat, sayang.



"INNALLAHA MAASSOBIRIN." Sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang sabar. Pegang kata-kata ini, Insyaallah.

#PesananHatiKeHati ;

Dalam mengejar kejayaan yang berada di hadapan, terkadang kita terlupa siapa kita, kita terlupa dari mana asal usul kita, kita alpa dengan kesenangan yang Allah berikan pada kita. Tanpa disedari, kita mulai riak, sombong, bongkak.

#PesananHatiKeHati ini Ainaa bina buat sahabat-sahabat yang berada di IPT, Poli, U swasta diluar sana. Ya, Ainaa tak masuk mana-mana institusi seperti kalian. Mungkn juga Ainaa tak sehebat kalian, tak sepandai kalian untuk mendapatkan tempat di IPT. Terasa kerdilnya diri ini.

Namun, #PesananHatiKeHati ini ainaa tujukan khas buat kalian. Ainaa tak pandai seperti kalian untuk berbicara soal kejayaan, Ainaa tak sehebat kalian untuk berkata-kata soal pendirian. Tapi, Ainaa berharap sangat. Saat kalian berjaya kelak, saat kalian berada di atas kelak, saat kalian melangkah naik ke atas pentas untuk menerima segulung Dip/Ijazah yang kalian impikan selama ini ;

Janganlah kalian lupa ; Siapa TuhanMu, siapa yang menyokongmu, siapa yang bersusah payah demimu, siapa yang memberikan kejayaan ini kepadamu, siapa yang membanting tulang siang malam untuk memenuhi keperluanmu di sana. Kenang dan ingati jasa mereka.

Dan ; 

Ainaa berharap sangat. Janganlah lupa pada Ainaa di sini. Ainaa mungkin tidak seperti kalian, mungkin tak mampu untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Bahkan barang kali nasihat ini hanya dipandang sepi, namun Ainaa tak pernah lupakan kalian jauh sekali untuk tidak menyelitkan nama kalian dalam doa kudusku. Janganlah sombong, riak mahupun bongkak bila kalian berjaya kelak. Jangan lupakan Ainaa disini.

Yang Ainaa mampu beri hanyalah sokongan dan doa yang tidak putus buat kalian di sana. Pahang, Port Dickson, Perak, Melaka dan sebagainya. Semoga berjaya sahabat.

Assalammualaikum semua. Selamat malam.

P/s ; #PesananHatiKeHati akan bersambung dalam entry selanjutnya. Insyaallah.