" Soul Of Me "

Sol

Hai Welcome Here


"I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck"

We can chatting here





Susah & Senang}
Thursday, 19 May 2016 | 23:14 | 0Comment

Bismillah. Assalammualaikum guys. Selamat malam geng. Apa bikin ? Dah makan dah ? Alhamdulillah, Ainaa pun dah makan. Makan lauk apa ? Mesti sedap-sedap kan ? Hehehe. Ainaa makan lauk telur kicap dengan asam pedas ikan. Weeeee dapnya. Malam-malam ni sejuk jee. Rasa nyaman jee nak update blog. Aicewah ^^

Dekat Rawang ni sejuk. Kalau malamlah. Maybe sini dekat dengan Genting Highlands. Hehehe. Pagi-pagi kalau bangun, berkabus dekat luar. Memalam kalau duk luar, uish nampak live Genting Highlands. Uwaaaaaaa. Okay stop berangan, Ainaa. 

Alright, tengok post title. "Susah & Senang". Apaan itu ? Kenapa ? Personally ini kisah random je okay. Near to 2 months Ainaa stay sini. Dan dalam masa yang sama, Ainaa perhati juga orang sekeliling Ainaa. Manusia sekarang hidup terlampau senangkan ? Dan ada juga yang hidup nak senang jee, langsung taknak usaha.

Contohnya ? Bila kena buat kerja susah sikit, mulalah mengeluh "Susahlah." "Hm malaslah." Kenapa jadi macam tu ? Mungkin kerana mindset manusia yang terpalit pada perkataan senang. Certain people pula, belum masuk belajar, belum kerja, mak ayah dah belikan kereta. Mungkin mak ayah dia berkemampuan. Tapi bila difikirkan balik, kita tak tahu lagi kehidupan kita akan datang.

Bila kena berusaha sikit, ada jee alasan. Nak kesenangan yang datang bergolek. Nak kemudahan yang datang tanpa perlu berusaha. Macam mana nak berjaya kalau berusaha lebih sikit taknak. Anak-anak zaman sekarang lagilah. 

"Mak, nak keluar dengan kawan." Mak bagi duit untuk hang out. Allahu. Ainaa pun berada dalam zaman millenia ni. Tapi setiap kali nak keluar tu, Ya Allah. Nak minta duit tu rasa macam takutnya. Bukan takut apa. Takut mak ayah kita tak ada duit. Biarpun bila mereka dah bagi pada kita, mereka tetap akan katakan, "Takpe. Mak ada lagi duit. Cuma tak simpan cash." 

Dikesempatan ini juga, Ainaa nak minta maaf juga pada sahabat Ainaa. Mungkin ada yang fikir Ainaa sombong ke apa ke bila ajak keluar Ainaa tak join. 

Bukan taknak guys. Aku bukan keluarga yang senang :') Aku cuma datang daripada keluarga yang sederhana. Cukup makan, cukup pakai. Aku tak join kadang-kadang sebab aku taknak minta duit dengan mak ayah aku. Personal talk aku memang aku tak ada duitlah maknanya masa tu. Aku taknak susahkan mak ayah aku nak bagi duit kat aku. Mungkin korang ada yang datang daripada keluarga senang. Bila minta duit, mak ayah bagi. Aku bukan macam tu :') Sorry again ya guys. Kalau aku join korang hang out tu maknanya aku ada lah sikit rezeki yang dapat bawa aku keluar dan join korang.

Kadang-kadang kita terlepas pandang. Duit yang kita minta daripada mak ayah kita tulah duit yang tinggal dalam beg duit mereka. Ada juga mak ayah yang duit tu nak guna buat bayar hutang dan sebagainya. Allahu. Kita rasa kita hidup senang tapi kita tak fikir sejauh mana kesusahan yang mak ayah kita hadapi untuk dapatkan duit sebanyak mungkin bagi menyenangkan anak-anaknya.

Ini yang selalu terjadi dekat Ainaa. Bila mak tanya, "Ada duit tak dik ?" Hahaha Ainaa selalu cakap, "Ada mak." Even sebenarnya tak cukup duit yang ada tu. Tapi hati ni. Tak sampai hati rasanya nak cakap tak ada duit. Bila mak ayah bagi tu, memang Ainaa ambil tapi sebolehnya guna untuk apa yang perlu saja. Nanti bila terdesak, duit yang disimpan itulah yang dapat digunakan.

Bila kita belajar hidup susah even mak ayah kita berkemampuan nak sara kita sampai bila-bila, tapi kita tak tahu percaturan kehidupan yang Allah dah caturkan sebaiknya buat umatnya. Mungkin kita rasa kita akan senang sampai bila-bila. Tapi sampai satu saat Allah duga kita ditimpa kesusahan ? 

Bukanlah kita minta kesusahan tu datang, tapi beringatlah. Ainaa cakap ni sebab Ainaa pernah laluinya satu ketika dahulu. Dan bukan semua orang hidup senang. Macam 2 malam lepas, episod Bersamamu. Ya Allah runtunnya hati ni bila tengok keluarga Razin tu susah sangat. 

Ayah dia meniaga cendol. Kadang ada orang beli, kadang tidak. Ayah dia terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga dia yang kemalangan 1 Syawal yang lepas. Mak dia bekerja di sekolah sebagai tukang cuci. Yang lagi memilukan bila tengok pintu peti ais dia tercabut dan bila nak ambil barang tu, siap kena angkat pintu tu ke tepi. Allahu.

Kita rasa kita susah tapi ada orang lagi susah daripada kita. Jadi yang hidup senang, beringatlah. Bila kita perlu menghulurkan bantuan, hulurkanlah biarpun tak banyak. Kerana dalam setiap seringgit yang kita dermakan tu, kita tak tahu betapa ramainya yang insan yang dapat kita bantu. Ingatlah. Kerana anda mampu mengubahnya. Aik macam iklan dadah pulak. Haha.

Sampai di sini saja sahabat sekalian. Next time Ainaa update lagi post-post terbaru. Selamat Malam semua. Semoga mimpi yang indah belaka. Tidur jangan lupa basuh kaki tu. Baca bismillah, baca doa tidur. Till we meet again, guys. Assalammualaikum.