|
Hai Welcome Here
![]() "I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck" We can chatting here
|
refresh
profile
twitter
Instagram
follow
Broken}
Thursday, 19 May 2016 | 13:13 | 0Comment
Bismillah. Assalammualaikum. Apa khabar guys ? 19 Mei 2016. Mesti yang nak daftar masuk U tengah busy cari barang semua. Ainaa ? Hmm tak ada rezeki nak masuk U. Hope for poli konvensional lah pulak. Doa-doakan ya. Ramai kawan Ainaa yang tak dapat U. Mungkin sebab results yang tak berapa baik. Yang dapat pun tak ramai. Yang stay form 6 ramai juga.
Ainaa tak daftar form 6 sebab dapat SMK Forest Heights dekat Senawang. Tapi sekarangkan dah stay dekat Rawang. So nak minta transfer pun, sekolah dekat sini jauh-jauh. Paling dekat pun dari rumah hampir 20 minit baru sampai sek. Then jamed lagi. Belum tentu 20 minit tu sampai. Takpelah. Tak ada rezeki. Mana tahu next intake ke kan ? Itu pun kalau dapatlah.
Okay, we skip about study first. Now, nak story pasal "Broken Dengan Member". Korang semua pernah tak broken dengan member korang ? I mean, kecewa ke, kecil hati ke, terasa hati ke dengan sikap kawan-kawan korang. Bab broken ni banyak faktor dia.
Maybe dia bergurau tak kena tempat, atau pun dia nak bahan kita tapi melampau-lampau, dia menipu kita, dia lupakan kita. Tapi paling banyak yang broken dengan member ni sebab dia lupakan kita. Kan ? Lupakan yang macam mana ?
Okay, contoh paling dekat, Ainaa sendirilah. Ainaa pindah Rawang since bulan 3 hari tu. Now near to 2 months I've been stayed here. Memang banyak benda berubah terutama environment yang dah lain. But paling terasa bab kawanlah. Yaa, masing-masing ada haluan yang mereka pilih. Betul ? Sebelum Ainaa pindah, semua pesan jangan lupakan diorang, jangan berubahlah, apalah.
But now, siapa yang berubah ? Siapa yang lupakan siapa ? Siapa yang kecewakan hati siapa ? Hm. Sendiri mau ingatlah kan ? Masing-masing dah besar. Rasanya tak perlulah nak gaduh macam budak-budak kecil hanya kerana soal ini. Bukanlah Ainaa minta perhatian. Nope. Tapi bila Ainaa whatsapp tu, Ainaa wechat tu, replylah. Kalau tak reply waktu tu pun, replylah masa free.
Ini tidak. Sometimes hari ni Ainaa chat, dia payung greytick tu sampai seminggu lebih. Sampai Ainaa sendiri nak kena hantar balik chat, tanya kenapa semua. Barulah reply. Ya I know, study ni kekadang tak sempat nak check phone, whatsapp as well.
Tapi bila Ainaa senyap, tak tanya khabar, tak hantar chat semua, pandailah pulak cakap kita ni sombong, lupa member, berubah. Siapa yang lupa siapa ni ? Kalau ikutkan rasa broken tu, dah malas nak ambil tahu. Tapi sebab sayang. Yelah siapa tak sayang bila friendship yang kita bina since 5-7 years ago berlalu macam tu je kan ? Mestilah broken jugalah sikit bila buat macam tu. Dan yang paling tak masuk akal tu, Ainaa send chat masa diorang tengah online. Lepas jee send chat tu, guess wht ? Diorang terus offline. Ya Allah sakitnya bukan kepalang rasanya.
Ada yang Ainaa send chat tak balas, tapi bila dekat Wechat, sakan duk update moment. Ada juga yang tak balas chat tapi moments ainaa diorang like. HAHAHAHA.
And ada juga yang dah jumpa pengganti Ainaa. HAHA. Dulu kemain... "Kau takkan ada pengganti." Now ? Apa cita ? Kekadang, terfikir juga. "Kenapa aku sibuk fikirkan kau, kawan, sedangkan kau sendiri dah temui pengganti aku ?"
Sedih ? Siapa tak sedih. Kecewa ? Siapalah yang tak kecewakan ? Ainaa rasa korang pun faham apa rasanya bila kawan kita buat macam tu. Tapi bak kata sorang sahabat Ainaa yang masih contact Ainaa even he's a little bit busy because of kerja.
He said to me, "Naa, manusia pasti akan berubah. Sama ada berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya. Mungkin satu hari nanti aku pun berubah. Sama ada berubah jadi baik atau tidak."
Bila dia cakap macam tu, hati ni mampu tersenyum jee. Betul lah kata dia. Bila diorang buat macam tu, Ainaa cuma anggap, "Oh sokaylah babe. Diorang tu mungkin terlampau busy. Oh maybe line handphone diorang macam haram jadah. Atau pun dekat rumah diorang, internet black out. Oh maybe diorang tak tengok langsung handphone sampai tak balas chat kau."
Positive thinking tu lebih baik kan ? Nasihat Ainaa pada semua. Tak kiralah korang muda or maybe ada yang lebih tua daripada Ainaa yang tengah baca blog ni, janganlah buat kawan k kalian macam tu. Kita tak tahu hari ni kita buat dia macam tu, lupakan dia, tapi satu hari nanti dia dipanggil Allah buat selamanya, masa tu baru kita realized yang dia tu sangatlah penting dalam life kita. Kawan korang tak minta perhatian 100% pun. Dia cuma minta bila dia tanya khabar tu, jawab.
At least dia tahu korang sihat ke tidak, life okay ke tidak. Dia cuma minta dihargai sikit jee. Tak banyak pun. So hargailah mereka selagi mereka ada bersama kalian, tanya khabar kalian, pimpin tangan kalian bila kalian salah jalan, bantu kalian bila kalian susah, ketawa dan menangis bersama kalian. Jangan bila diorang tu dah pergi selamanya, masa tu baru kita terfikir.
Ya Allah, aku rindu sahabatku. Ya Allah, kembalikanlah dia padaku. Aku mahukan dia kembali sebagai sahabatku Ya Allah.
Fikirkanlah sebelum terlambat. Kepada sahabat-sahabat Ainaa pula, jaga diri korang ya. Tak apalah. Ainaa faham korang teramatlah sibuk sampaikan nak tanya khabar Ainaa pun tak sempat barangkali :') Jaga diri ya. Ainaa satu hari nanti korang berjaya, jangan lupakan Ainaa. Jangan lupa detik kita sama-sama senang, sama-sama susah dahulu. Ainaa sayang korang.
That's all for today. Till we meet again, guys. Assalammualaikum. Salam Zuhur buat yang Islam.
|




