|
Hai Welcome Here
![]() "I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck" We can chatting here
|
refresh
profile
twitter
Instagram
follow
Kisah Cuti CNY 2016}
Thursday, 11 February 2016 | 23:40 | 0Comment
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum guys. Apa khabar semua ? Alhamdulillah Ainaa sihat je. Macam mana cuti raya Cina ? Best maa ? Haha. Ainaa pun cuti gak. A.K.A beraya gak. Ahaha. Well, sejak Sabtu till Selasa, Ainaa ke Rawang. Rumah makcik dekat sana.
Memandangkan ayah pun cuti, so lama sikit dekat sana. Salunya 2-3 hari jaa. Macam-macam yang dibuat dekat sana tu. Pergi jalan-jalan, pergi buat kerja amal, dari Rawang pergi makan dekat Tanjung Malim, pergi tengok midnight. Hahaha. Okay let's share story mory yaaa.
First Day .
Macam biasa gerak ke sana. Dalam perjalanan tu, singgah amik uniform ayah dekat Sg Long, Kajang. Then terus gerak gi Rawang. Balik rumah makcik, rest, tidur, siapkan flyers kem and petang keluar gi pasar malam beli makanan. Then malam tu, tetiba abang sepupu cakap, "Nak tengok midnight tak ? Jom."
Ainaa memang tade hal lah en. "Cite apa ?" "Cite Ola Bola." "Best tak ?" "Tangkap leleh sikit part last. Jomlah." "Hah jom. Show kul brp ?" "Kul 11.30 cemtu." Then dia terus booked 4 ticket. Sharp pukul 10 malam, kitaorang keluar gi Aeon Rawang. Show pukul 11.30 malam. Filem Ola Bola.
Feedback tentang Ola Bola ? First of all, memang best. Seriously. Tak tipu. Sebab filem ni mengajar kita tentang semangat kesukanan yang tinggi, kerjasama yang baik. And betul lah kata pepatah, "Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh." Mula-mula, its a little bit boring. Sebab plot cerita bermula selepas 1/4 filem ditayangkan.
Watak yang terdapat dalam filem tu like Tauke, Abu, Ali, Cai and banyak lagi. Memang win habis. Ada kelakar, ada sedih, ada gembira. Part sedih waktu part akhir bila diorang dapat kumpulkan semangat kesukanan and pulun habis-habisan supaya Malaysia dapat melangkah ke Olimpik, tapi sayangnya waktu perlawanan akhir penentuan ke Olimpik, diorang dikhabarkan dengan berita bahawa Malaysia dan 67 buah negara yang lain boikot Olimpik Rusia 1980 sebab Rusia menyerang Afghanistan tak silap.
Memang best. Maybe berdasarkan cerita Ainaa, korang tak dapat nak tangkap fully kisah Ola Bola tu. Better pergi tengok sendiri dekat panggung dan korang rasai nikmat dan kisah disebalik pasukan bola sepak negara kita :)
Sec Day .
Sec day berjalan seperti biasa. Bangun pagi and so on. Pada sebelah malamnya, mak teh tanya, "Nak makan dekat mana ?" Everyone buka phone cari tempat makan, survey dekat mana sedap and macam-macamlah. Mula-mula katanya nak makan area dekat dekat jee. Tetiba, abg sepupu Ainaa cakap. "Nak makan western tak ? K suggest satu places ni."
Nak tahu dekat mana ? TANJUNG MALIM. Tu dia. Bukan main jauh lagi. Ahaha. Ingatkan area Rawang ke, Selayang ke. Dekatlah juga. Ni sampai ke Tanjung Malim. So, mak teh and all of us pun setuju. Then sharp pukul 8.30 malam gerak ke Tanjung Malim. Tak lama sangat perjalanan. Around 45 minutes like that.
Okay, ni Ainaa nak suggest cafe yang kitaorang pergi ni. Memang boleh tahanlah makanan dia. Not bad. Harga pun berpatutan. Dekat dengan UPSI and Pejabat Pos Tanjung Malim. Nama cafe tu Lampuneon Cafe Tanjung Malim. Semua type of western ada. Cabonara, Aglio Olio, Chicken Chop, Beef Steak. And ada satu menu pelik.
Namanya NASI KAHWIN. Hahaha. Daebak lah nama dia. Menu ni terdiri daripada nasi, lauk pilihan and telur goreng. Macam nasi goreng USA jugaklah. Cuma bezanya, lauk dia memang pergh. Pedas ya rabbi. Ayah order makanan ni. Makan lauk dia mula-mula rasa manis. At the end, fulamak pedas dia. Membahang babe.
Memang hebatlah. Price dia pun affordable. Kitaorang pergi hari tu 9 orang. Amik macam-macam makanan. Siap ada side dish semua. Guess price dia berapa ? RM 110. Memang murahlah juga kiranya jika dibandingkan dengan harga kalau korang makan dekat hotel.
Pemilik cafe ni sebenarnya seorang penulis buku. Abang sepupu Ainaa memang kenal lah sebab abang sepupu Ainaa penulis buku juga. Okay, selesai makan, kitaorang continue perjalanan balik semula ke Bukit Beruntung. Memang having fun sepanjang jalan. Ada je nak dibualkan, diborakkan. Macam-macam. Pasal family business lah, ape lah. haha. Perut dahlah kenyang. Pastu gelak nak terbarai. Memang taklah.
Third Day .
Okay. Third day ni such a long day for Ainaa dengan cousin Ainaa, Nana (muda setahun dari Ainaa). Kisah bermula pukul 3 petang kay. Haha. Kitaorang ada kerja amal dekat Chow Kit Road. Pukul 3 petang, mak teh drop kitaorang dekat bustop dekat pekan BB. And then kitaorang took a bus ke Rawang. Tambang like usually RM 2.00
Dikelilingi bangla-bangla, nepal semua memang macam-macam bau lah keluar. Pening pun ya. Nasib baik duk depan sekali. Yang malangnya bas tu guna aircond. Pergh faham faham jelah yang bau dia macam mana. Sampai Rawang, kitaorang pergi Mydin kejap. Beli makanan untuk kerja amal and coincidence Ainaa pun nak beli handsocks. Nana beli roti untuk kerja amal tu.
Then jalan kaki bawa roti yang penuh dalam plastik tu ke KTM Rawang. Amik train ke KL Sentral. Nak cerita kisah rakyat Malaysia ni hah. Well, umum semua memang dah dikhabarkan bahawa coach pink khas buat wanita. WANITA ya. But still ada rakyat Malaysia yang tak faham istilah warna pink tu. Okay fine kalau tak faham coach warna pink tu apa. But still ada tulis dekat luar sebesar alam "Koc Untuk WANITA sahaja."
Kalau tak faham bahasa Melayu sokay, ada bahasa Inggeris. "Coach for LADIES only." See ? Rakyat Malaysia pula kan. Susah nak cakap. Dah terbentang luas, dah ditulis sana sini pun, masih tak faham. Nak buat macam mana lagi. Waktu Ainaa dengan Nana naik train ke KL Sentral tu, memang ramai lah kaum Adam yang naik koc wanita tu. Semua kaum Hawa dalam koc tu pandang slack jaa. Dah dipandang slack cemtu, barulah dia rasa segan and beralih ke koc lain. Haish. Tak faham bahasa. Gamaknya.
Sampai KL Sentral, berlakunya perkara yang agak lawak juga. Korang tahu NU Sentral ? Actually, kitaorang ni memang tahu pasal NU Sentral tapi tak tahu kedudukan dia dekat mana. Hahaha. Punyalah noob, keluar dari KL Sentral tu. Then nampak hotel apa tah sebelah dia. Ainaa cakap dengan Nana, "Rasanya NU Sentral kena keluar dari KL Sentral kut."
And Nana pulak cakap, "Rasanya takyah kut. Dalam ni juga maybe." Dalam keadaan noob tu, kitaorang terus cari map. Tapi tak jumpa pulak. Ainaa call ayah. Sebab ayah selalu datang NU Sentral. Call punya call ayah tak jawab. Haish stress gila waktu tu. Call sampai 4-5 kali ayah tak jawab. Nak tak nak, kitaorang merewang cari NU Sentral sendiri. Dahlah ramai orang dekat KL Sentral tu.
Akhirnyaaaaaa ! Jumpa jugak. Alhamdulillah. Dah jumpa tu memang seronok. Tengok jam dah pukul 5.30 petang. "Kakak, jom cari surau." Dah dekat pukul 5.30 right. Kang berjalan sakan, lupa solat pulak. Jalan punya jalan cari surau, tak jumpa-jumpa. Tengok map. Dekat map, Surau perempuan dekat level 1. The thing is dekat NU Sentral tu tak tulis pun setiap floor tu floor apa. Dah mensasau cari level apa pulak.
At last, rupanya benda alah tu dekat eskeletor. Pergh, noob lagi ! Kalau korang pun, korang akan jadi noob macam kitaorang. Tak munasabah gila bila cari level apa, rupanya dekat eskeletor je ada. Sakit jiwa rasanya. Alhamdulillah jumpa jugalah surau. Surau NU Sentral memang lawa, cantik, besar. Selalunya shopping mall ni biasalah. Suraunya sejomput yoo.
Nasib baik besar. So tak berasak nak solat. Usai solat, kitaorang pusing-pusing. Nak gi MPH. Cari MPH pulak tak jumpa. Ya Allah, dugaan apa ni ! Nana siap cakap, "Okay, kita kena tunjuk reaction cool. Jangan gelabah." Hahaa. Setiap kali tak jumpa apa kitaorang cari, mesti kitaorang gelak. Tak tahu kenapa. But maybe nak tutup rasa malu tu. Ahahah.
Dah jumpa MPH, tak tahu nak buat apa pulak. Nak beli buku, duit ngam-ngam untuk tambang, beli makanan. So pusing-pusing jelah dalam MPH tu. Keluar dari MPH, pergi Chatime. Hahaha. Beli secawan sorang satu, minum dekat kerusi yang disediakan betul-betul depan eskeletor ke monorel. Takut tak jumpa lagi xD Hahaha.
Tunggu kawan Nana sedar-sedar dah dekat pukul 7 dah. Kawan Nana sampai jee, terus amik monorel ke Medan Tuanku dari KL Sentral tu. Sampai dekat Medan Tuanku station, terus pergi Quill Mall sebelah tu. Satu hal lagi jadi. Nak cari surau. Ya Allah.
Pusing punya pusing. Dalam Quill Mall tu ada Aeon. Rupanya surau dia dekat dalam Aeon tu. Ingatkan tadelah kena masuk Aeon tu. Haish. Macam-macamlah KL ni. What a life. Sabar jelah. Settle solat Maghrib semua, terus duk tunggu depan Quill Mall tu sampai pukul 8 something. Tunggu kawan Nana semua sampai. Then, kitaorang gerak ke Chow Kit Road.
Dekat sana, ada satu tempat yang dibina mengguna kabin untuk mengumpulkan makanan. Makanan tu semua dikumpulkan untuk membantu gelandangan dekat Chow Kit Road tu. Alhamdulillah, malam tu memang ramai yang datang. Cuma gelandangan tu jaa tak ramai. Biasanya around 400 people like that. Tapi malam tu cuma ada 200 something.
Bersyukurlah dapat peluang join tu. Memang best. As the trainer tu pesan, kena jaga hati diorang. Sebab diaorang cepat tersentuh. Memang overwhelmed sebenarnya waktu tu. Sebab yaa, nampak buka kanak-kanak gelandangan tu rasa kesian sangat. Ramai warga emas. Hm. Tapi dapat hulurkan bantuan macam tu dah bersyukur sangatlah.
Fourth Day .
Kisah hari keempat. Nak balik Seremban dah. Sedih memang sedih. Yelah. 4 days berkampung dekat Rawang. Dahlah nak datang sini 3 bulan sekali baru dapat datang. Tapi kali ni puas. Sebab selalunya spend 2 or 3 days jaa. Tapi kali ni 4 days. Kemain. Hehe.
Hari keempat ni, gerak balik Seremban. But mak kata dekat ayah, dah lama tak jalan-jalan dekat KL. So, ayah bawa pergi Jalan TAR. Well, dekat situ kan banyak tempat shopping. Jalan TAR memang meriah. Dengan jualan murah, promosi setiap kedai. Biasalah.
Ayah park kereta dekat parking area depan Jalan TAR tu then kitaorang jalan kaki. Memang daebak. Ada macam-macam. As usually, dah sampai tempat cemtu takkan nak cuci mata je right ? So, duit pun habis macam air. Hahaha.
Ainaa beli dress macam jubah, tudung. Mak beli blouse. Ayah beli boot. Memang habis lah duitnya. Hahaha. Balik singgah Masjid Negara. Ya Allah. Overwhelmed tak tentu pasal masa tu. Sebab memang indah sangat. Subhanallah. Ada masa, pergilah. Memang cantik, indah.
Sekian. Tulah cerita cuti CNY 2016. Wasalam guys.
Salam sayang.
Tuan Empunya Blog.
|




