" Soul Of Me "

Sol

Hai Welcome Here


"I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck"

We can chatting here





Setelah Lama Menghilang, I'm Back !}
Saturday, 14 November 2015 | 23:06 | 0Comment

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t ! Apa khabar guys ? Sihat ? Jaga kesihatan baik-baik yaaaa. Musim hujan, banjir, panas ni tak menentu. Jangan minum ais banyak sangat. Hehehe. Ainaa sihat je. Alhamdulillah. Hmmm, siapa yang selalu baca blog ni mesti tertanya kenapa Ainaa lama menghilang. Kot ada yang tertanyalahhh xD Hehehe. Menghilang menyepi sat. Sebab dok belajaq nak SPM lah katakan.

Nak banggakan mak pak, kena lah belajaq ghajin-ghajin. Tu diaaa. Loghat Kedah dah mai dah. Dok belajaq cakap Kedah, dok dengaq oghang dok cakap loghat Kedah, jadi seghenoq pulak cakap loghat utara ni. SPM baru 3 paper selesai. Sejarah, BI, BM. Right now, tengah cuti 1 week. Memang cuti sungguhlah. Tapi kenalah dok cover balik topic-topic untuk subjek lain pulak noo.

Yang SPM candidates tu, lagu mana exam hari tu ? Senang ? *angkat kening* Hahaha. Muntah dengar perkataan "senang". Soalan kemain. Tu dia, susah kemain lagi. Pandai nooo kenakan kami batch 98'. Mentang-mentang kami last batch dok guna semua format la ni. Depa bagi soklan susah-susah kat kami. Sabaq jelah.

Sejarah ? Allahu. Kemain. Soalan Ferdinand tu kemain. Hahaha. Kami ternganga duk tengok soalan tu. Kertas 3 Sejarah pulak keluar soklan hat perbandingan pa dia pun tak tau. Aduhai. Pening kepala ni. BM pulak, satu soalan SPOT pun tak keluaq. Haaaa, sakit hati kan ? memang sakit hati. At least, keluarlah 1-2 soalan spot. Ini... Hm....

Harem takdak pun. BI ? Alhamdulillah. Cg pun tak spot apa-apa soalan. So, jawab jelah. Okay, yang lain tak ada. Sebab exam belum tamatkan ? Hehehehe. Nanti Ainaa share lah lagi ya. 

Right now ! Apa bikin hari ini ? Makan sudah ? Alhamdulillah. Mana tau. Kot ada yang makan kul 11 ke atas ke. Mesti ada. Makan snack ringan kan ? Ainaa pun camtu kekadang. Sebab tu gemok. Hahahaha. Sebab tu bambam. Semalam tengok Kuch Kuch Hota Hai. Aduiiii. Seghenoq sebenaqnya. Dah lama tak layan drama Bollywood lama-lama ni.

Ainaa suka layan cerita Bollywood yang dulu-dulu macam Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Igam. Hah cerita-cerita tu Ainaa tengoklah. Kalau setakat cerita Bollywood hat baru-baru ni jarang lahhh. Sebab tak best macam cerita lama-lama. Hehehe.

Okay, apa yang kita dapat dari Kuch Kuch Hota Hai tu ? Ada pengajarannya sebenarnya. Cuma tak semua nampak. Hakikatnya, sejauh mana pun kita terpisah, kalau ditakdirkan kita bersama dengan seseorang tu, kita akan tetap bersatu kembali walau apa pun berlaku. Dan satu lagi pengajarannya, persahabatan itu tetap terjalin biarpun berlakunya kisah cinta 3 segi.

Hehehehe. Hari ni, layan Kal Ho Na Ho pulak. Ya Allah, meleleh air mata. Hahahahaha. I kennotlah. Sayu sangat cerita tu. Awal-awal okaylah. Hujung-hujung kemain. Sedihnyaaa. Part Shah Rukh Khan nak mati. Uish. Memang menyayat hati sungguhlah. Cinta yang kuat. Wah wah wah.

Toksah duk cita cintan cintun sangatlah. Hahaha. Masuk U, dah belajaq pandai-pandai, dah kerja, berduit, beli apa nak, bahagiakan mak ayah, then kahwin. Waktu tu, both dah berjaya. Ennn ? Bila dah berjaya, baru best nak cita pasal bab kahwin ni. Hehe. Okay, sampai di sini sahaja. Kisah "Penghijrahan" akan menyusul selepas ini. Tunggu tauuuuuu. Assalammualaikum !

Sincerely,
Nur Ainaa Amirah Azhan.
Owner of this blog.