" Soul Of Me "

Sol

Hai Welcome Here


"I would rather wear flowers on my head than diamonds around my neck"

We can chatting here





Penghijrahan ...}
Sunday, 15 November 2015 | 00:49 | 0Comment

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t semua. Apa khabaq ? Sihat noo ? Baru sat tadi kami dok update post. Hikhik. I'm back. For the next post. La ni dok buat apa tu ? Tengoq tv ka ? Ka dok meghenyih (menyengih) jaa sorang-sorang ? Hikhik. Takpa. Luangkan masa sat baca post Ainaa malam ni noo ? Baikkk.

"PENGHIJRAHAN". Kalau dalam Islam, lebih mudah kita ingat Maal Hijrah. Am I right ? Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Itu kisah Maal Hijrah :) Tapi malam ni, Ainaa nak share kisah seorang hamba Allah yang nak berubah ke arah kebaikan. Insyaallah. Sama-sama kita baca yaaa ? Moga Allah memberi kemudahan kepadanya.

Baik. Penghijrahan. Bila kita sebut kisah penghijrahan, hijrah itu memerlukan pengorbanan, istiqamah. Kita kena mulakan langkah penghijrahan itu perlahan-lahan. Betul ? Dalam penghijrahan, memang kita kena perlahan-lahan. Kita kena cekalkan hati, tetapkan jiwa. Yup. Kena.

Tetapi, adat manusiakan ? Bila seseorang itu mahu berhijrah, pasti ada yang perlekehkan dia. Itu kita cerita kemudian ya ? Baik. Seorang muslimah itu akan kelihatan begitu cantik apabila berpakaian labuh, tidak ketat (longgar), tidak jarang dan menutup aurat. Lebih manis apabila mengenakan tudung yang labuh menutupi dada atau lebih mudah labuhnya sehingga melepasi paras dada.

Siapa kata tudung itu wajib ? Muslimah... Yang wajib sebenarnya menutup aurat sayang. Kita boleh tutup aurat dengan apa pun. Kuali, besen, periuk belanga, baldi. Selagi mana aurat kita tidak terdedah kepada yang bukan halal, selagi itu kita menutup aurat. Bak kata UAI, kalau kita nak keluar rumah pakai plastik tebuk lubang dekat mata dan mulut pun boleh. Asalkan menutup aurat.
Aurat seseorang wanita itu ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan telapak tangan. Selain daripada kedua-duanya itu, semua wajib ditutup oleh seorang muslimah. 
Okay. Sambung pada kisah seorang hamba Allah tadi. Ya. Dia tidak sempurna. Dia jahil. Pendosa. Sama seperti manusia lain. Dia pernah couple, pernah bercinta. Dia tidak sebaik disangka. Satu hari, dia menyatakan hasrat hatinya pada sahabat baiknya yang cukup memahami, cukup baik, seorang supporter tegarnya. "Weyh, aku nak sangat berubah."

Sahabat baiknya teramat teruja, gembira saat mendapat khabar itu. "Aku suka. Aku suka tengok perempuan yang ada keinginan untuk berubah macam ni. Teruskan. Allah mendengar hasrat hati kau. Bila kita niat nak berubah, kita dah dapat pahala. Apatah lagi bila kita laksanakannya. Kan ?"

Dia tersenyum. Ya, dia ingin berubah. Langkah perubahan diambilnya perlahan-lahan. Tidak terlalu menonjol, tidak terlalu ketara. Kerana apa ? Dalam perubahannya, dia masih rasa khuatir. Khuatir akan kata-kata orang sekeliling yang dilemparkan terhadapnya. Dia khuatir jika orang mentertawakannya, orang memperlekehkannya. Namun, kerana sahabatnya tadi, dia kuat. Kuat untuk tampil ke hadapan dengan perubahannya yang perlahan-lahan diambil.
"Nana... (bukan nama sebenar), nak berubah tak perlu ambil kisah kata orang. Orang boleh cakap sampai bila-bila diorang nak. Tapi yang nak berubah itu kau. Bukan diorang. Buat apa pedulikan kata-kata mereka ? Teruskan niat murni kau. Aku sokong kau. Aku kenal kau. Aku yakin kau boleh."
Berkat kata-kata sahabatnya, dia bangkit. Bangkit akan perubahan yang mahu dilaksanakannya. Mampukah dia ? Ya ! Dia mampu ! Perlahan-lahan, dia mengubah cara berpakaian. Dimulakan dengan "Hand Socks". Ya. Hakikatnya hand socks tu tak wajib dipakai pun. Tetapi, lengan kita yang terdedah itu tetap aurat juga kan ? Bila kita mengenakan baju yang lengan bajunya agar lebar sehingga menampakkan lengan, akan menyebabkan aurat kita terdedah. Dimulakannya dengan hand socks terlebih dahulu.


Langkah pertama diamalkan setiap hari. Lama kelamaan, ia menjadi satu rutin harian baginya. Pergi sekolah, pakai handsocks. Keluar jalan-jalan pakai handsocks. Alhamdulillah. Dia bersyukur kerana dia telah menapak ke stage pertama !

Langkah diteruskan. Dia terus maju ke hadapan untuk meneruskan niatnya yang ingin berhijrah. Stage two. Dia memilih untuk menutup kakinya dengan memakai stokin. Walaupun pada mulanya, dia tidak selesa. Kaki gatal, susah, rasa rimas dan sebagainya. Namun, dia tepis segalanya. Kerana hasratnya, diteruskan juga niat untuk memakai stokin itu biarpun rasa yang tidak selesa mengundang di hati. Sampai bila dia mahu ikutkan rasa hati ? Dia tidak akan maju jika mengikut hasrat hatinya sahaja.


Alhamdulillah. Dia selesa ! Dia mengamalkannya dengan apa jua cara sekali pun. Rasa tidak selesa dan sebagainya tidak menghalangnya berubah. Dia terus dan terus memakai hand socks dan stokin. Syukur ! Dia telah memanjat stage kedua dalam fasa perubahannya. Sedang dalam dilema perubahan, dia teringat akan kata-kata sahabat sekelasnya pada sebuah kem.

"Nana (bukan nama sebenar), taknak cuba pakai koshibo ? Best tau tudung ni. Nana cubalah. Saya dah pakai, saya nak sangat tengok Nana pakai." Dia tersenyum. Dia melihat sahabatnya. "Sesuai ke muka saya pakai koshibo ni ? Tak pelik ke muka saya ?" Sahabatnya ketawa kecil. "Nana... tu semua hasutan syaitan semata-mata. Nana dah pakai tudung bawal bidang 60 ni, Nana boleh cuba pakai koshibo pulak. Tak ada istilah sesuai atau tidak dalam berhijrah. Apa pun yang kita pakai, kita tetap nampak cantik dimata Allah. Biar orang cakap apa sekali pun."

Dia tersenyum lagi. "Awak doakan saya ya ? Insyaallah. Saya akan cuba pakai nanti." Sahabatnya mengangguk. "Saya tunggu hari itu ya Nana." Dia tersenyum manis. Hatinya berbelah bahagi. Mampukah dia memakai koshibo itu ? Sesuaikah dengan dirinya ? Dia masih belum dapat menyatakan bahawa dia akan memakainya kelak.

Namun hari ini, rasa teringin memakainya datang bertandang di hati. Dia teringin. Sangat teringin. Dilihatnya wanita menggunakan koshibo itu kelihatan anggun sangat. Di matanya, mereka teramat cantik dan indah.


Diluahkan sekali lagi pada sahabat baiknya yang merangkap telinga terbaik buatnya. 
"Hmm, aku nak berubah weyh. Tapi boleh ke ?"
Sahabatnya masih menyokong hasratnya tanpa lelah, tanpa jemu. Masih sudi menjadi telinga untuk sahabatnya. "Nana, trust me. Kau boleh. Aku suka tengok perempuan nak berhijrah macam ni. Aku tengok sekarang, kau pun dah berubah dah stail pakaian. Kau banyak pakai jubah, tudung dah labuh, stokin semua dah pakai. Cuma kau tak yakin dengan kemampuan diri kau. Percayalah. Kau boleh."
Dia masih tidak yakin dengan dirinya. "Serious ke weyh ?"
Sahabatnya masih tidak putus memberi semangat. "Percaya aku. Kau boleh. Aku yakin kau boleh. Aku tunggu kau berubah. Aku akan tunggu." Dia tersenyum. "Insyaallah. Nanti aku bagi gambar first appearance aku dengan penampilan baru."
Dia mengorak langkah untuk berubah dan terus berubah. Insyaallah. Sama-sama kita mendoakannya. Itulah kisahnya. By the way, Ainaa nak sangat menyuarakan pendapat Ainaa pada mereka yang suka sangat jadi penghalang pada mereka yang ingin berubah.

Kita selalu sangat dengar. Bila ada seorang hamba Allah nak berubah, yang orang sekelilingnya sibuk memperlekehkan dia. Kenapa jadi begitu ? Kenapa sikap tu ditanam dalam diri ? Adakah kita hidup memang hanya untuk memperlekehkan hasrat hati orang lain ? Seharusnya, kita perlu bantu mereka. Bagi mereka semangat. Jadi supporter mereka. Kalau kita taknak berubah tak apa. Mungkin kita belum dapat hidayah seperti dia.

Tapi, cukuplah sekadar kita bagi dia semangat, kekuatan. Untuk dia mara ke hadapan dengan penampilan baharunya. Dengan hasrat hatinya. Jadilah seseorang yang membantunya bukan membinasakannya. Kita sesama manusia. Pasti kita memahami apa yang dirasakan dia apabila dia menyuarakan pendapat untuk berubah, tapi orang sekeliling mentertawakannya. Malahan ada yang mengungkit kisah lalunya. 

"Ek eleh kau. Acah baik. Nak berubah konon. Padahal macamlah aku tak tahu kau dulu macam mana." See ? Inilah sikap manusia. Manusia yang tak mahu menyedarkan diri dan manusia yang bodoh sombong. Kan ? Jangan terlalu sombong pada dunia. Jangan terlalu sombong pada orang. Bantulah mereka. Sokong mereka. Bagi semangat.


Bila kita dah berubah, kita ajak pula kawan-kawan lain sama-sama untuk berubah. Kan lebih indah tu ? Yaaa. Lebih indah. Lebih cantik jika dilihat. Sama-sama membuka hati, buka mata berubah ke jalan Allah. Insyaallah.


Sekian sahaja cerita Ainaa. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya yaaa. Oh ya ! Satu nak cakap. Kalau dah ada niat nak berubah, teruskanlah langkah dan niat murnimu itu. Ikut gerak hati. Percaya pada Allah. Doa. Insyaallah. Usaha untuk berubah itu pasti dipermudahkan Allah. Insyaallah.



Sampai di sini sahaja. Assalammualaikum w.b.t.

Sincerely,
Soul Of Ainaa.